ISU-ISU ALAM SEKITAR

tong.jpg                Pelupusan haram sisa toksik industri

Dalam usaha mengejar status Negara maju 2005 atau taraf negara perindustrian, pada hari ini kita menyaksikan  pertumbuhan industri semakin banyak bak cendawan tumbuh selepas hujan. Penghasilan sisa industri merupakan kesan sampingan yang tidak dapat dielakkan. Pelupusan sisa ini  pula telah menjadi semakin kompleks berikutan jumlah yang besar dan  kepelbagaian jenis dan bahayanya kepada kesihatan manusia dan alam sekitar.
Di negara kita terdapat lebih kurang 5,000 syarikat yang telah dikenal pasti mengeluarkan sisa toksik atau sisa berjadual yang memerlukan rawatan teliti sebelum dilupuskan. Bagi menangani masalah pelupusan sisa, sebuah loji rawatan dan pelupusan sisa toksik telah dibangunkan oleh kerajaan di Bukit Nenas, Negeri Sembilan. Ia melibatkan kos bernilai beratus juta ringgit dan beroperasi secara rasminya pada tahun 1998. Namun masih terdapat pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab yang memilih tanah lapang, kawasan terpencil dan sungai untuk membuang sisa tersebut.
Pada 3 Jun tahun lalu, Jabatan Alam Sekitar memaklumkan akan menghidupkan semula kempen pengurangan sisa “The Malaysian Agenda for Waste Reduction (Mawar)” di mana sasaran mereka ialah sektor industri. Namun demikian beberapa kejadian pembuangan haram sisa industri dilaporkan telah berlaku setelah kempen tersebut. Penemuan, lebih 500 tong sisa buangan toksik atau  racun berjadual di kawasan ladang kelapa sawit di Ijok, Selangor adalah amat menggemparkan.
isu sisa pembunagan toksik patut diatasi oleh semua pihak.ini kerana jika sisa toksin tidak diuruskan secara betul, masyarakat yang akan menanggung kesannya. pelbagai kesan yang akan diperolehi oleh masyarakat..antaranya akibat gangguan berkaitan alam sekitar adalah mudah di jangkiti penyakit alergi.terutamanya kanak-kanak. kanak-kanak yang sangat sensitif terhadap debu, bulu- bulu halus, bahan kimia tertentu terutamanya jenis sintetik boleh menyebabkan kesan alergi seperti  bersin, mata gatal dan hidung berair..selain itu masalah kesihatan lain spt kesan kecacatan.ini kerana racun makhluk perosak, pengganggu endokrin, logam berat,  pencemar organik, dan lain-lain boleh menyebabkan kerosakan pada  sistem pembiakan manusia  lalu menyebabkan  kecacatan fizikal dan  neurologi pada kanak-kanak baru lahir atau setelah meningkat  dewasa.

Leave a comment